Syukur Alhamdulillah kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya maka bertapaklah Terap Banggu Enterprise di bumi Malaysia ini. Kami di Terap Banggu Enterprise adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputra yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan. Di awal penubuhan padan tahun 2000, kami hanya menjalankan perniagaan sebagai sebuah kontraktor bagi pemasangan-pemasangan paip rumah di sekitar Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas dan Pasir Putih. Pada tahun 2006 syarikat mengorak langkah dengan lebih jauh apabila dapat menceburkan diri dalam perniagaan membekal barang-barang keperluan kontrator seperti gelung telaga (dalam bahasa kelantan "kerek telago"), batu bata (bahasa kelantan "batu blok") dan lain-lain.
Melalui Terap Banggu Enterprise, E-Tudung dot com ditubuhkan untuk menjalan perniagaan internet atau lebih di kenali sebagai e-commerce. Pada permulaannya (2007) perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan iaitu jualan antara rakan pejabat sahaja. Kini syarikat berada sebaris dengan syarikat-syarikat tudung bawal online lain untuk menjalankan perniagaan internet ini.
Perniagaan ini berasaskan perniagaan keluarga, ianya dipengerusikan oleh Mohmad Omar yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam perniagaan dan di bantu oleh 2 orang anaknya iaitu Mat Nazeri Mohmad & Nor Laili Bt Mohmad.
E-Tudung dot com (tudung bawal online) beroperasi sepenuhnya dari rumah oleh itu harga yang ditawarkan sememangnya rendah dari barangan yang beroperasi dikedai kerana kami tidak menyewa kedai, kami tidak memerlukan perkerja yg ramai tapi kedai tudung bawal kami beropeasi 24 jam setiap hari. Kami di E-Tudung dot com (tudung bawal online) juga lebih menitikberatkan kepuasan pengguna dan mutu kawalan terhadap barangan yang dipasarkan disini.
Sekiranya anda berhasrat untuk berniaga kecil-kecilan atau sambilan, sila hubungi kami untuk mendapatkan harga yang terendah serta barangan yang berkualiti atau anda boleh mendaftar sistem Affiliates kami (sistem pengkongsian keuntungan)
Hubungi kami sekarang >>